Pernahkah ibu tertanya-tanya, bagaimana cara janin mendapat makanan selama berada dalam kandungan dan apa makanan bayi dalam kandungan?

Ya, anda mungkin sudah tahu, plasenta memainkan peranan penting dalam hal ini. Tapi, bagaimana cara sebenarnya makanan dari ibu masuk ke janin?

Makanan bayi dalam kandungan termasuklah oksigen dan air serta semuanya disalurkan melalui aliran darah ibu. Malah, sisa pencernaan bayi seperti karbon dioksida juga dikeluarkan melalui aliran darah ibu.

Di dalam plasenta, darah ibu mengalir melalui pembuluh darah kapilari. Molekul yang ada di dalam darah ibu seperti glukosa, protein, lemak, oksigen dan lain-lain akan sampai ke bayi dengan cara ini.

Saluran makanan bayi dalam kandungan – Satu proses yang indah

makanan bayi dalam kandungan, makanan bayi dalam perut
Makanan janin disalurkan melalui darah ibu ke darah bayi, mengalir melalui tali pusat ke tubuh janin. | Kredit: theAsianparent Indonesia


Melalui saluran darah ibu, makanan janin disalurkan. Nutrisi yang ada di dalam darah ibu akan diserap oleh jaringan pembuluh darah yang mengandungi bekalan darah bayi. Darah berisi nutrisi ini kemudian akan mengalir melalui tali pusat ke tubuh bayi.

Jadi, apapun yang ibu makan, molekul protein, glukosa, lemak, vitamin dan pelbagai nutrisi lain akan terserap ke aliran darah ibu melalui usus kecil. Molekul ini akan mengalir ke plasenta dan seterusnya ke aliran darah bayi.

Ibu perlu ingat yang segala apa yang diambil oleh si emak ketika hamil akan diserap ke dalam darah dan disalurkan ke janin. Oleh sebab itulah, anda perlu betul-betul mengambil berat tentang apa yang masuk ke dalam tubuh ketika mengandung.

Contohnya, kita perlu hindari makanan dan minuman yang berbahaya atau tidak bernutrien bagi bayi.

Video cara makanan bayi dalam kandungan disalurkan dari tubuh ibu