Minggu lalu, viral lepas tersebarnya video menunjukkan seorang makcik meminum peluntur Clorox bersama secawan kopi yang dikatakan anti-racun dan anti-kanser.
Selepas minum kopi tersebut, wanita tu dilaporkan alami alahan dan hampir hilang nyawa akibat tindakan ‘bodoh’ tersebut.
Walau bagaimanapun, penjual produk kosmetik dan kesihatan tiba-tiba tampil mengatakan dia sudah minum 11 kali kopi yang dicampurkan dengan Clorox tanpa mendapat kesan buruk, lapor Sinar Harian.
Menerusi akaun Facebook Liza Kosmetik, Rusliza Abd Ghani berkata dia bukan saja menjual kopi tu tapi turut mengamalkannya sendiri.