DOKTOR bedah di sebuah Hospital di Mangystau, Bandar Aktau, Kazakhstan baru-baru ini berjaya mengeluarkan gumpalan rambut dari perut seorang remaja perempuan.

Gumpalan rambut tersebut berwarna coklat kehitaman, memiliki ukuran 35 x 13 cm dengan berat 3,65 kilogram dan kelihatan seperti bentuk bayi yang baru lahir.

Dipetik dari Daily Mirror, Jumaat (27/7/2018), Pengarah Jabatan Bedah,Sultanbek Tumashev menyatakan yang gumpalan rambut tersebut hampir memenuhi perut gadis tersebut.

Setelah Sultanbek menyiasat melalui ibubapa gadis tersebut, diketahui gadis tersebut mempunyai tabiat mengunyah rambut dan menelan rambut. Akibat adanya gumpalan rambut itu, gadis tersebut memiliki tubuh yang kurus kerana kurang nutrisi.