
Kepergian insan yang tersayang terutamanya ibu bapa pasti meninggalkan impak yang besar dalam hidup. Walaupun mereka sudah lama pergi, tapi kesedihan akan tetap dirasai oleh si anak kerana rindu pada yang tiada tidak pernah berpenghujung.
Seperti luahan seorang anak ini yang masih lagi merasai pemergian ibunya pada Julai tahun lalu membuatkan ramai sebak. Detik-detik terakhir apabila ibunya pergi dikongsikan semula.
Kejadian ini memberi tamparan yang hebat kepadanya kerana semua berlaku secara mengejut. Ibunya dimasukkan ke hospital kerana semput dan kemudiannya dimaklumkan berada dalam keadaan tenat.
Apa yang meruntun hati, si ibu seakan sudah tahu bahawa dia akan pergi, kerana sempat memasak juadah terakhir buat si anak.
Dia yang tidak sempat menatap wajah arwah ibunya buat kali terakhir, hanya dapat menjamah Sambal Ikan Bilis yang dimasak oleh arwah bagi melepaskan rindu. Hargailah ibu ayah selagi nyawa mereka dikandung badan. Sebak !

Sambal ikan bilis. Nampak biasa, kan? Tapi pada aku, tak. Inilah air tangan mak yang terakhir, yagn dapat aku nikmati.
Pagi 28 Julai 2017, dapat berita mak warded sebab sesak nafas. Tapi dimaklumkan tiada apa yang merunsingkan, sekadar semput biasa sahaja.
Kebetulan tiket penerbangan sebenarnya telah dibeli dan dijadualkan akan berlepas dari Pulau Pinang ke Johor pada awal pagi 29 Julai 2017 untuk sama-sama meraikan abang yang bakal melangsungkan perkahwinan.