
Ibu mana yang tak sayangkan anak, tetapi di China, seorang ibu tidak mampu berbuat apa-apa apabila kedua-dua anak kembarnya menghidapi penyakit kronik yang mampu meragut nyawa.
Disebabkan ketidakmampuan mereka, ibu ini dikatakan terpaksa membenarkan kedua-dua anaknya, yang berusia 10 bulan, membuat ‘cabutan bertuah’ untuk memilih salah seorang daripada mereka untuk diselamatkan.
Kedua-dua bayi malang itu sebelumnya didiagnosis dengan penyakit jarang berlaku CGD dan menurut doktor, kedua-duanya dijangka tidak mampu bertahan untuk hidup lebih daripada dua tahun.
Pasangan ibu bapa itu dikatakan telah dimaklumkan oleh doktor bahawa satu-satunya cara mahu menyelamatkan nyawa bayi-bayi mereka itu adalah melalui pembedahan pemindahan dengan setiap bayi memerlukan kos perubatan sebanyak £114,000 (RM 598,942), yang mana diluar kemampuan mereka.
Dalam keterpaksaan, kedua-dua pasangan ini akhirnya terpaksa membuat keputusan paling getir dalam hidup mereka, anak yang mana mahu diselamatkan?
Dengan menggunakan dua keping kertas, salah satunya ditulis dengan perkataan ‘diselamatkan’ manakala satu lagi dibiar kosong, mereka meletakkan kertas itu di atas tilam di hadapan bayi-bayi mereka, membebiarkan bayi-bayi itu memilih kertas yang mana satu.