Mujurlah, berita kesempitan yang dialami oleh kedua-dua pasangan suami-isteri itu tersebar luas di media sosial, sehingga menggerakkan netizen-netizen untuk melancarkan kutipan dana bagi membolehkan kedua-duanya diselamatkan.

Sebelum ini, pasangan suami isteri itu mengakui bahawa mereka telahpun membelanjakan £45,000 (RM 236,424) untuk merawat kedua-dua bayi tersebut. Setelah berusaha mengumpul dana seterusnya, juga melalui pinjaman daripada keluarga dan sanak-saudara, mereka hanya mampu menyediakan belanja hanya untuk seorang sahaja.

Menurut laporan media, pasangan itu dikatakan membuat cabutan bertuah itu secara sembunyi-sembunyi diluar pengetahuan keluarga, terutamanya daripada nenek kedua-dua bayi tersebut. Namun rahsia mereka terbongkar apabila si nenek mendapat tahu perbuatan mereka selepas perasan dengan keratan kertas di tangan kedua-dua bayi itu.

Dilaporkan melalui cabutan bertuah itu, si abang dikatakan memilih kertas tertera perkataan selamat manakala si adik memegang kertas yang kosong.

Si nenek yang terkejut, kemudian memarahi kedua-dua pasangan itu menyebabkan ibu bapa kepada pasangan kembar tersebut melutut dalam tangisan di hadapan nenek dan anak kecil mereka untuk memohon maaf.