
Kedua-dua bayi itu yang dinamakan sebagai Happy dan Healthy, dilahirkan pada Oktober tahun lepas di Shaoguan’s Shixing County, Selatan China dan kelahiran mereka sememangnya dinanti-nantikan oleh si ayah, Qiu Boqin dan si ibu, Deng Baoling.
Bagaimanapun kegembiraan mereka tidak bertahan lama. Kira-kira sebulan kemudian, si abang, Healthy mengalami sesak nafas dan dikejarkan ke hospital.
Healthy kemudian dimasukkan ke unit rawatan rapi, manakala Happy yang dalam jagaan neneknya ketika itu masih belum menunjukkan simptom-simptom yang sama, sebelum keadaan berubah dan menanggung derita, sama seperti abangnya.
Kedua-duanya ditahan di unit rawatan rapi selama sembilan hari sebelum dipindahkan ke wad biasa dan disahkan menghidapi chronic granulomatous disease (CGD).

Qiu dan Deng kemudian dimaklumkan oleh doktor bahawa kedua-dua anak mereka perlu pembedahan pemintasan untuk membolehkan kedua-duanya hidup lebih daripada dua tahun.
Mereka kemudian segera menghubungi Program Derma Tulang Sumsum China di bawah seliaan Persatuan Bulan Sabit Merah dan berjaya mendapatkan penderma hematopoietic stem cell (HSC), namun tidak sepadan.
Walaupun CGD boleh dirawat melalui pemintasan tulang sumsum, namun doktor menghadapi kesukaran untuk mencari penderma yang sesuai.
Sehinggalah satu masa, apabila Program Derma Tulang Sumsum China memaklumkan kepada ibu bapa itu bahawa penderma yang sepadan telah ditemui, sebelum berita gembira itu dileburkan dengan kos biaya yang begitu tinggi.