
Mujurlah, berita mengenai penyakit yang dihadapi oleh Happy dan Healthy serta kisah cabutan bertuah yang ditulis oleh media tempatan, sampai ke pengetahuan Yayasan Sukarelawan Dana Kanak-Kanak China. Setelah berita itu disahkan dengan pihak hospital,
Yayasan Sukarelawan Dana Kanak-Kanak China kemudian memulakan kempen mengumpul dana untuk menyelamatkan kedua-dua bayi tersebut.
Menurut laman rasmi kempen kumpul dana tersebut, yayasan berkenaan menyasarkan kutipan dana sebanyak £102,000 (RM 535,895) bagi membolehkan kedua-duanya dibedah dan menampung kos rawatan selepas pembedahan.
Sehingga artikel ini ditulis, kempen tersebut berjaya mengumpul dana sebanyak 780195 Yuan (RM 467,091).
Apakah CGD?
Chronic Granulomatous Disease (CGD) dikesan menyerang kira-kira seorang daripada 500,000 bayi setiap tahun. Sistem imun bayi yang menghidapi CGD dapat melawan penyakit seperti demam dan selsema, namun hampir tidak berfungsi ketika berhadapan dengan serangan bakteria dan fungi.Jika patogen berbahaya menemui jalan untuk menerobos masuk ke dalam sistem bayi CGD, sistem imun yang lemah akan segera bertindak untuk melawan patogen berbahaya tersebut. Namun disebabkan ketidakupayaan, sel-sel imun itu hanya berkumpul dan bertukar menjadi ketulan-ketulan keras dikenali sebagai granuloma.
Jika penghidap menhidapi penyakit kronik melibatkan tulang dan kulit, bayi-bayi ini akan menghadapi bahaya terutama pada bahagian jantung, hati dan otak.
Sumber : Dailymail