Sebuah cinta suci walaupun kekasih telah pergi. Begitulah perumpamaan yang menggambarkan kisah ini. Demi menunaikan janji yang dibuat kepada teman wanitanya yang telah meninggal dunia, seorang lelaki sanggup berjalan kaki sejauh 1,541 kilometer untuk menyebarkan abu mayatnya di atas Doi Inthanon, puncak tertinggi di Thailand.
Tetapi dia tidak berseorangan kerana ditemani tiga ‘rakan’ sepanjang perjalanan tersebut.
Sakchai Suppantamat, 39, yang berasal dari wilayah Udon Thani, tidak pernah sampai ke Doi Inthanon, tetapi selepas mendengarnya, dia berjanji kepada teman wanitanya untuk membawanya ke sana melancong sekiranya mempunyai wang yang cukup.
Tetapi apa yang menyedihkan, kekasihnya itu telah meninggal dunia pada Oktober 2016.
Walaupun dia masih tidak mempunyai wang yang cukup, tetapi dia tidak berputus asa sebaliknya melakukan satu perjalanan epik untuk memenuhi janji kepada kekasihnya itu dengan berjalan kaki ke Doi Inthanon.
Ketika wartawan tempatan bertemu dengannya yang sedang menolak kereta sorong yang diletakkan barang-barang miliknya di wilayah Chiang Mai, semalam, Sakchai memberitahu mereka dia memulakan perjalanannya dari wilayah selatan Trang pada Januari tahun lalu, menurut Komchadluek.
Oleh itu, ianya bermaksud dia telah berjalan selama satu setengah tahun.
Dia dilaporkan berkhemah di mana sahaja tempat sesuai setiap malam, sama ada di tepi jalan, kuil atau tanah perkuburan.