Selain ibu bapa, guru merupakan tunggak utama kejayaan seseorang itu.  Individu seperti Perdana Menteri, doktor mahupun angkasawan mencapai kejayaan kerana didikan yang diajar oleh seorang yang bernama guru. 

Menjadi ibu bapa kedua bagi setiap daripada kita, guru memegang amanah paling tinggi demi memastikan setiap daripada pelajarnya cemerlang.

Sejak dulu, tugas guru bukan hanya di sekolah.  Dalam usaha ‘melentur buluh dari rebungnya’ tak dapat dinafikan bahawa jawatan yang digalas memainkan peranan yang amat penting. 

Kredibiliti guru mampu memberikan impak besar kepada pembangunan integriti anak didiknya.
Gambar dibawah cukup memperlihatkan betapa jasa guru itu dihargai sehingga cukup berat untuk mereka melepaskan cikgu ini.


Guru hebat ni, “hadirnya dinanti, perginya ditangisi.”